Sabtu, 20 Mac 2010

UKM atau KUIN??

Salam..

Dalam kebosanan petang tadi,saya melayari beberapa web universiti di Malaysia. Saya terview pulak web KUIN(Insaniah).Kolej ini terletak di Alor Setar,Kedah dan ditadbir oleh kerajaan negeri Kedah.



Saya melihat sedikit kelainan dalam subjek-subjek yang diajar dalam setiap semester di KUIN ini.Saya kira eloklah kita berkongsi sedikit informasi yang bagi saya amat berguna ini..

Jom kita tengok..Saya mengambil contoh Fakulti Kejuruteraan,Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan(Elektronik)



Kalau kita teliti subjek dalam semester-semester jurusan ini,kita tengok ada subjek-subjek elektif seperti Bahasa Arab,Tajwid,Pengajian Al-Quran. Saya merasa terharu/gembira kerana KUIN memperkenalkan sistem pembelajaran yang menitikberatkan dunia dan akhirat.

Bagi saya,adalah begitu penting mahasiswa ini diajar supaya membaca Al Quran dengan tajwid dan makhraj yang betul mengikut apa yang di sampaikan oleh Rasulullah SAW.Dengan membaca Al Quran dengan betul maka solat kita juga sempurna,dan seterusnya solat akan mencegah kemungkaran. Secara tidak langsung maksiat di Malaysia akan dapat dikurangkan!.

“Bacalah apa yang Telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan Dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Ankabut (29): 45)

Seterusnya kita lihat pula subjek-subjek dalam fakulti dan jurusan yang sama,tapi di Universiti Kebangsaan Malaysia...

Tidak ada satu semester pun mengajar tentang islam atau sekurang-kurangnya ilmu tajwid.! Bagaimana Malaysia akan menglahirkan individu yang takutkanlah,cemerlang dunia dan akhirat apabila aspek rohani,agama tidak dititikberatkan dalam pembelajaran mahasiswa di UKM?

Dari kelalaian sistem pendidikan inilah sedar atau tidak,Malaysia telah melahirkan profesional yang berkaliber tetapi lupakan Allah. Tidak perlu kita hairan kalau ada yang mengambil rasuah,minum arak di majlis perkahwinan ataupun tertidur di kasino.!

Memang betul,tidak semua mahasiswa UKM jahat,dan tidak semua mahasiswa UKM atau IPTA lain baik,tapi sekurang-kurangnya kita berharap kerajaan dapat mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan dalam sistem pendidikan di negara kita,supaya IPTA dan IPTS negara kita dapat melahirkan golongan profesional yang pintar tapi hatinya sentiasa takutkan Allah.

Semoga golongan pendidik dan golongan pentadbir Malaysia dapat mengeluarkan sebuah idea dan pembaharuan agar sistem pendidikan kita lebih berdaya maju tetapi dalam waktu yang sama tidak meninggalkan ilmu-ilmu yang mengingatkan kita kepada hari akhirat.

Sebagai penutup,tulisan saya ini bukanlah bermaksud untuk menghina atau menguris hati penuntut-penuntut UKM,tapi sebuah mesej hendak disampaikan kepada orang yang mempunyai kuasa..

Nota:Kritikan dan saran amatlah dialu-alukan untuk artikel ini..:)

11 ulasan:

  1. baru lepas bace entri pasal solat istikarah..

    BalasPadam
  2. jaya jr tengah pilih nak masuk IPT mana ker??

    BalasPadam
  3. salam,

    sori, saya telah copy artikel ini dan masuk dlm fb, kami sedang membincangkan isu ini di Facebook
    jom join sekali.. http://www.facebook.com/profile.php?id=1292061069&ref=mf

    BalasPadam
  4. Mmmm nampaknya pelajar UKM kena cari alternatif lainla nk mendekati agama...tp jgn salahkan sistem ukm saja,saya rasa semua uni kat malaysia pun mcm tu except for uia...

    BalasPadam
  5. surau perdana.link fb tu ta boleh bukak pun...

    BalasPadam
  6. ukm terdiri drpd pelbagai kaum dan bg fakulti kejuruteraan nisbah muslim dan non-muslim adalah 60:40.. jd sy rasa agak janggal kalau subjek islam dimasukkan hmpr 50%..

    jadi,
    method yg boleh digunakan adalah menambah subjek elektif islam drpd sekarang mungkin cuma 1 subject kepd 5,6,7..subject

    ini lebih sesuai kerana di peringkat U.. kita belajar khusus course yg diambil.. dan bebas memilh subjek sampingan.. nisbah pun lebih kurang 70:30

    BalasPadam
  7. salam pizud..kenapa pula alasan janggal diberikan??

    subjek pendidikan islam hanyalah diwajibkan ke orang islam sahajalah..tapi non muslim diberi pilihan untuk ikut atau tidak..

    untuk biar lebih efektif.subjek pendidikan islam ini hendaklah dimasukkan ke dalam pointer..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,

    Saya merupakan graduan lepasan ijazah kejuruteraan di UKM.

    Isunya bukan berapa banyak subjek berorentasikan Islamik diambil tetapi sejauh mana 'course' itu diakredetasi oleh MQA (Malaysian Qualification Agency).

    Dalam laman web Kulliyyah of Engineering KUIN, 138 jam kredit perlu dihabiskan dlm masa 7-8 semester, yang dpt kelulusan MQA cuma 9 jam kredit.

    Berlainan pula di UKM, 120 jam kredit yang semuanya diiktiraf oleh MQA.

    Jika sudah banyak sangat masa di kuliah, bagaimana pula dengan pembinaan karakter dengan aktiviti berpersatuan? UKM ada lebih 50 persatuan aktif.

    Sebagai seorang bakal jurutera, interaktif dan perhubungan sosial dengan manusia lain perlu tinggi, jika tak susah masa di alam kerjaya..

    Di UKM, tenaga pengajar paling kurang mesti ada Master dan majoriti Phd. Graduan UKM pun laris.

    Saya belum habis belajar pun dah ditawarkan kerja..

    Jadi pilihlah yang ada prospek masa depan. Di UKM ni pun bukan tak boleh bljr agama. Darus Syifa' Harun Din pun dekat je kat Bangi. Campus life lebih terasa...

    BalasPadam
  9. arhhhh!!
    pasai apa UKM?
    pasai apa UKM?
    dah la aku engineering sini!

    pandangan peribadi aku :

    diajar atau tidak itu krg penting,
    tapi kemahuan sendiri yang penting.

    kalau dh diajar tapi tak nak buka hati pun tak guna juga.

    kalau tak diajar tapi nk belajar siapa yg boleh halang kn?

    lagipun di sini, aku belajar betapa manusia cepat berubah ikut suasana.

    itu pandangan aku juga. aku neutral dalam hal ni.

    BalasPadam
  10. Salam Local Fighter

    maaf lambat reply..busy sikit dengan minor thesis..

    untuk jawapan akreditasi MQA,memg KUIN baru 9 jam credit di akreditasi...tapi itu adalah standard untuk course yang baru berusia 2 tahun..

    sedangkan course EE UKM diakreditasi sekitar 1997..perkara akreditasi adalah sesuatu yang memerlukan masa..InsyaAllah kesemua jam kredit di KUIN akan diakreditasi..

    Di KUIN juga pensyarah kesemua ada Master..kalaupun yang degree itu adalah tutor..

    mengenai kelarisan..saya memerlukan data..lgpun 1 bacth dari KUIN belum lulus..

    dan feedback yang saya dapat dari kawan-kawan saya di UTP juga susah mendapat kerja sekarang..

    saya perlukan data dan kajian lebih lanjut untuk mengulas tentang graduan mana yang lebih laris..berikan saya waktu..InsyaAllah saya akan mengulas panjang bab ini..

    BalasPadam
  11. Salam nazrin..

    kalau pelajaran agama dimasukkan ke dalam pointer..mahu tak mahu semua orang akan ada kemahuan untuk belajar..perkara ini harus dipaksa memandang dengan situasi remaja masa kini...

    kalaupun dia masih tetap jahat..kurang-kurang di boleh membaca al quran dengan baik dan berbahasa arab..:)

    BalasPadam