Ahad, 7 Mac 2010

Roti Canai..Nasi Lemak.....

Roti Canai dan Nasi Lemak merupakan makanan wajib rakyat Malaysia waktu sarapan pagi.Tapi terfikirkah kita adakah makanan ini sihat?

Kita rujuk kepada Recommended Daily Intake

Ini berdasarkan jumlah 2000 kalori perhari(dengan anggapan purata asupan kalori per hari setiap orang adalah 2000).Kita akan lihat komposisi lemak,karbohidrat dan protein dalam roti canai dan nasi lemak.

Kita mulakan dengan roti canai

Sedapnya..nyum-nyum...........


Satu keping canai mengandungi 301.5 kalori.Jadi kita telah pun makan 15% dari jumlah keseluruhan total kalori per hari.Tapi pertanyaannya,adakah kebanyakkan kita makan satu keping roti canai setiap hari??
Bagimana kalau dua keping?tiga keping?empat keping??
Kalau kita makan empat keping bermakna kita sudahpun mengambil 60% dari total jumlah kalori per hari.Betapa berlebihannya kita makan.Ini juga akan menyebabkan tingginya lemak dan karbohidrat dalam badan kita.Jangan kita lupa,tingginya lemak dan karbohidrat akan menyebabkan risiko penyakit jantung dan diabetes tinggi!..

Selanjutnya adalah nasi lemak...

Nasi lemak juga adalah makanan popular waktu sarapan.Di atas ini menunjukan komposisi untuk nasi lemak sahaja satu pinggan penuh. Bayangkan hanya nasi sahaja sudah 389 kalori?bayangkan kita makan dengan telur,ikan bilis atau ayam..Sudah berapa banyak kalori..Dan ingat itu hanyalah sarapan pagi.Belum lagi makanan tengahari,minum petang dan makan malam..

Kesimpulan makanan ruji sarapan rakyat Malaysia boleh dikatakan kurang sihat. Dan faktor inilah yang menyumbang kepada majoriti penyakit rakyat Malaysia.


Oleh itu...Jagalah pola makan kita..:)

7 ulasan:

  1. makanan yang tak sihat ni la biasanya yang sedap :(

    BalasPadam
  2. roti canai dekat taman melati besor..
    dh laa murah..
    mmg terbaek ntuk sarapan..
    haha..

    BalasPadam
  3. tp mereka sgt menggodakan

    :(

    BalasPadam
  4. betol..makan oat?adoi..xlalu nak lalu tekak ni huhu

    BalasPadam