Jumaat, 5 Mac 2010

Kenapa dia dapat,saya tidak dapat??

Assalamualaikum...

Saya sebenarnya tersentuh dengann suatu cerita dalam Kuliah Subuh dan rasanya elok dikongsi beramai-ramai demi kerohanian.

Ceritanya berkisar tentang apa yang kita hendak, sering tidak kesampaian. Mengapa itu kita tidak dapat ?
Mengapa ini pula yang kita dapat?
Mengapa kawan kita dapat? sedangkan kita tidak dapat ?

Diumpamakan suatu kisah seorang ahli Ibadah dan kawan-kawan mereka yang lain berdoa ke hadrat Ilahi untuk memperolehi bunga-bunga.

Setelah ramai-ramai berdoa, pada keesokan harinya, tiap-tiap manusia yang berdoa itu akan dapat bunga masing-masing.


Si-A dapat pokok Bunga Melur. si-A amat gembira,wangi
Si-B dapat pokok Bunga Mawar. si-B amat gembira, cantik
Si-C dapat pokok Bunga Lily. si C amat gembira, menawan
Si-D dapat pokok Bunga Raya. si D amat gembir, besar
Begitulah seterusnya sehingga si-Z (yang paling sabar dan tabah)


Si-Z pula hanya dapat batang-batang tandus kaktus yang berduri-durja.

Keesokan harinya, semua pokok-pokok itu berbunga dan mengharum kecuali pokok kaktus tandus Si-Z yang nampak tandus dan kasar.

Si-Z terasa agak terkilan. tetapi sifatnya yang sabar, beliau tetapi bersyukur dan tidak berungut.

"MungkinTuhan tersilap dan tidak mahu aku berasa riak" telahannya.

Dua minggu kemudian, bunga-bunga si-A, B, C, D dan Y semuanya semuanya telah kecut dan layu.

Tiba-tiba, kaktus yang tandus kepunyaan si-Z tadi mengeluarkan bunga yang sangat cantik.

Bukan saja cantik, malah Bunga Kaktus tadi mempunyai ketahanan sangat lama sehingga berbulan-bulan dan bunganya sering bertambah dari masa ke-samasa. Bunga kaktus itu pula tidak mudah dipetik oleh sesiapa kerana durinya yang sentiasa mengawal.

Moral: itulah yang dinamakan sebagai Blessing in Disguise...

Maknanya kita tidak tahu, apa yang elok bagi kita adalah tidak elok bagi Allah SWT.

Apa yang tidak elok bagi kita adalah sangat elok bagi Allah SWT.....

9 ulasan:

  1. entry yg simple tp bermakna.
    betul,kita mmg xkan tahu apa yng terbaik utk kita.
    huw~

    nway salam perkenalan (^.^)

    BalasPadam
  2. betul...saya dulu-dulu suka tak puas hati dan tak leh terima kenyataan..

    ya..salam perkenalan juga..:)

    BalasPadam
  3. sgt2 brmakna..
    trsentuh hti ne...

    BalasPadam
  4. maknenye kter kne sntiase bsyukur dan tak cepat putus asa =)

    BalasPadam
  5. cekgu besar saye kate-tak semua bende yang kite nak akan kite dapat..dan tak semua bende yang kite xnak dapat kite elakkan.. semuanya dah tcampur dalam percaturanNya. dan setiap perkare yang berlaku pasti ada hikmahnya. cuma bergantung kepada bagaimana kita hadapinya. ahaks XD

    BalasPadam
  6. terharu hanep dapat berfikir sejauh ini..selama ini persepsi aku terhadap ang salah rupanya..haha

    BalasPadam
  7. satu entry yg sgt2 bgus2..
    bile frust 00r s0mething bad happened, sll 0rg ckp 'mesti ade hikmah di sebalik sume ni'.
    n c0nt0h ni lg senang buat 0rg paham pasal 'hikmah yang ade disebalik sesuatu perkara'

    thanx f0r sharing..

    BalasPadam