Isnin, 1 Mac 2010

Tol; Malaysia dan Indonesia...

Assalamualaikum...

Mari kita bandingkan harga tol antara Malaysia dan Indonesia. Saya akan membuat perbandingan harga dengan jarak yang hampir sama dan jenis kenderaan yang sama. Dalam kes ini saya mengambil jenis kenderaan golongan 1(contoh:kereta wira dengan enjin 1.6L)

Oleh itu laluan yang saya pilih adalah

Malaysia:Sungai Petani (Selatan) ke Bukit Kayu Hitam

Indonesia:Jakarta IC ke Cikampek

Sebelum itu kita lihat dulu lokasi keempat-empat tempat ini...

1.Sungai Petani ( Selatan) ke Bukit Kayu Hitam (74km)



2. Jakarta ke Cikampek (72km) Sumber:klik di sini


Sekarang mari pula kita lihat perbandingan harga antara dua perjalanan ini..

Saya menggunakan web http://www.xe.com/ucc/ untuk membuat perbandingan matawang kedua negara..

1.Sungai Petani (Selatan) ke Bukit Kayu Hitam: Rm 15.30 (Rp 42 000) Sumber:klik disini


2.Jakarta ke Cikampek Rp 11500 (Rm 4.00) Sumber:klik di sini


Secara matematik mudahnya perbandingan harga jarak 70km Malaysia dan Indonesia adalah Rm15.30 dan RM 4.

15.30/4= 3.825

Jadi harga tol di negara kita 3.825 kali ganda lebih mahal dari Indonesia...

Saya sertakan tulisan sahabat saya tentang harga tol di Malaysia.Untuk rujukan kita bersama..

ToL Kita AnTaRa YanGTeRMuRaH DiDuNia!!



Sebagai rakyat Malaysia apakah perasan kita setelah membaca tulisan ini?Gembira?Terharu?Sedih?Malu?...


4 ulasan:

  1. la....nape la yg g banding dgn indonesia tu...
    taraf hidup kat sn cmne?
    ermm nk wat perbandingan tp x menyeluruh

    BalasPadam
  2. Salam shimi..

    untuk pengetahuan saudari..kadar tol ini tidak diukur dari pendapatan perkapita rakyat.tapi diukur dari kos pembinaan tol itu tersebut.

    untuk pengetahuan saudari jumlah total pembinaan TOL PLUS adalah RM 5.9 billion.tetapi keuntungan PLUS pada tahun 2005/05 sahaja juga menjangkau RM3.76 billion...jadi??kenapa kadar tol masih dikenakan?malah dinaikkan lagi??tidakkah ini pelik??

    Yang kedua..saya akur dengan pertanyaan saudari mengatakan kita hendaklah bandingkan dengan pendapatan rakyat antara kedua negara..jadi jawapan saya adalah,tol saya saya masukkan di situ adalah sekitar kawasan jakarta dan bandung..daerah di situ pendapatan rakyatnya lebih besar dari pendapatan purata rakyat malaysia..Lain lah pula halnya kalau saya mengambil contoh tol di daerah miskin seperti NTB,papua atau sulawesi..

    BalasPadam
  3. oit.ada ke patut banding kan harga tol indonesia ngan msia. try bandingkan quality lebuhraya msia ngan indonesia dulu. banyak perbezaannya kot.

    BalasPadam