Jumaat, 25 Disember 2009

Back up Data menggunakan Gmail Drive

Assalamualaikum...

Memandangkan kesibukan kita membuat minor thesis,kita pasti memerlukan back up data kepada kerja-kerja minor thesis ini..

Aku jumpa cara back up yang best ini...harap dapat menbantu..

*Pastikan ada internet connection...

1.Download Gmail Drive dulu..

2.Unzip dan install...

3.Kemudian buka My Computer dan anda akan lihat seperti di bawah...

4.Klik ke Gmail Drive..dan akan terbuka tampilan seperti ini...

5.Log in menggunakan id google anda....dan terbukalah Gmail Drive

Jadi anda bolehlah meletakkan data-data anda yang penting dalam Gmail Drive ini...Semoga posting ini bermanfaat..:)

Rabu, 18 November 2009

Tahniah Malaysia!!!

Tahniah diucapkan kepada DS Najib kerana membawa malaysia lebih maju ke depan...

Kita mendapat no 56!!!



Sila rujuk Corruption Perceptions Index 2009




"Ini adalah kejatuhan paling teruk dalam ranking CPI dan nilai yang diperolehi Malaysia sejak CPI diperkenalkan oleh Tranparency International (TI) pada tahun 1995, di mana Malaysia telah dinilai pada kedudukan ke 23 di kalangan 41 negara yang dinilai. Ketika itu Malaysia mendapat 5.28," katanya. Menurut laporan semalam, TI meletakkan Malaysia ditangga ke 56 dari 180 negara dan ketiga di kalangan empat negara di Asia Tenggara.




Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menurun bukti Malaysia gagal tangai rasuah



Reforms earn praise, but graft ranking drops





Apakah perasaan kita apabila negara kita dipermalukan sebegitu rupa??
Kenapa 'negara islam' malaysia boleh menjadi sarang kepada perasuah??


Mungkin ini ajaran 1Malaysia kot??

Isnin, 16 November 2009

Untuk Mahasiswa Kedah

Assalamualaikum....

Kepada mahasiswa-mahasiswa yang berasal dari Kedah..

Mohon mendaftarkan diri anda sebagai ahli PERSADA..

Jom kita sama-sama menuju Kedah Sejahtera...





Alamat PERSADA
1. Sekretariat PERSADA, No 8, Jalan 19/13 A, 46300, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 2.Sekretariat PERSADA Pejabat Majlis Perwakilan Mahasiswa, Kolej Universiti Insaniah 05350, Alor Star, Kedah Darul Aman sumbangan boleh dibuat ke atas nama (akaun Bank Islam): PERSATUAN MAHASISWA DARUL AMAN (PERSADA) 12-047-01-004609-2 untuk pertanyaan boleh hubungi talian PERSADA di no 04-7352742/0195638104 Fax :04-7320164

http://persadakini.blogspot.com/

Muat turun borang pendaftaran di sini

Khamis, 29 Oktober 2009

Hukum mengucapkan selamat kepada perayaan agama lain.




Sebenarnya hubungan antara muslim dengan bukan muslim ialah di atas dasar ta’aruf (perkenalan); ta’awon (tolong-menolong), birr (kebaikan), dan adil; Dalil: al Hujurat:13; Mumtahinah:8

Islam juga menggalakkan kita berhubung di atas dasar musalamah ( perdamaian); mu’asyarah (pergaulan mesra); mu’amalah bil husna (bermasyarakat secara baik); tabadulul maslahah (win-win relationship); dan ta’awon (bekerjasama di atas kebaikan). (Ruj: Sayyid Sabiq: Fiqh Sunnah, Vol2)

Nabi Muhammad S.A.W juga pernah berhubung dan berkomunikasi dengan golongan bukan Islam. Sirah telah melakarkan bahawa baginda pernah meminta bantuan militeri terhadap bukan Islam, pernah memberi kepada bukan Islam harta rampasan perang (ghanimah), pernah berperang bersama dengan orang bukan Islam (Safwan Umaiyah dalam perang Hunain), baginda bertukar-tukar hadiah dengan bukan Islam, Rasulullah memenuhi undangan bukan Islam, pernah berkahwin dengan perempuan mereka (kaum Qibti) dan Rasulullah S.A.W juga bangun menghormati jenazah bukan Islam (ruj: Qardhawi: halal dan haram).

Berdasarkan perkara di atas, marilah kita cuba memperhalusi isu ini mengikut keperluan semasa dakwah dan juga politik Islam kita. Hari ini kita semua hidup dalam suasana masyarakat yang terlalu majmuk dengan adanya orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, Kedayan, Sakai, Serani dan sebagainya yang tidak mahu saya tuliskan semuanya di sini. Dan, mereka ini juga menganuti dan mengamalkan ajaran masing-masing yang banyak antaranya adalah bertentangan dengan Islam itu sendiri.

Lantas, sebagai sebuah gerakan Islam yang dinamik dan berkomitmen tinggi dalam meninggikan syariat Allah di muka bumi ini, kita haruslah lebih bijak dalam menangani perhubungan dan persefahaman antara kaum yang ada di negara ini.

Kepimpinan Kita Perlu Menunjukkan Sifat Toleransi

Kedudukan hukum akan berubah apabila melibatkan pemimpin negara dan juga pemimpin masyarakat. Bagaimana mungkin apabila tiba musim perayaan bagi orang Islam, maka cuti dan juga pelbagai acara diatur bagi memeriah dan menghidupkannnya. Sedangkan apabila tiba musim perayaan agama dan kaum lain, mereka dibiarkan begitu sahaja. Sudah pasti akan timbul fitnah dan rasa kurang senang (baca: tidak puas hati) kepada kerajaan yang memerintah. Bukanlah maksudnya kerajaan Islam perlu mengadakan perayaan yang bersifat besar seperti perayaan kita, tetapi tadbirlah ia dengan seadil dan selayaknya.

Apabila ada unsur kejiranan, umpamanya teman sepejabat yang mengadakan rumah terbuka dan menjemput kita, maka haruslah kita juga melihatnya sebagai suatu peluang untuk mendekati mereka dan seterusnya menyampaikan dakwah kepada keluarga mereka. Fitnah akan timbul jika si muslim tidak mengunjungi jirannya sempena hari perayaan mereka. Ini semua perlu diambil kira apabila ia masuk bab maslahat dan menolak mudharat.

Syarat mengunjungi perayaan rumah terbuka ini ialah kita kena menjaga hati supaya tidak redha dengan kekufuran agama mereka. Jadi hukum umat Islam mengunjungi perayaan tidaklah sama untuk semua orang dan untuk semua perayaan; ia berubah mengikut jenis perayaan itu.

Dalam surah An Nisaa ayat ke-36 dijelaskan maksudnya:

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh….”.

Maksud tetangga yang dekat iaitu tempat tinggalnya berdekatan ataupun tetangga yang masih ada hubungan kerabat atau nasab ataupun sama-sama beragama Islam. Sedangkan tetangga jauh maksudnya adalah tetangga yang tidak mempunyai hubungan kerabat, jauh tempatnya atau berlainan nasab mahupun agama. Jadi dengan tegas Allah menyuruh kita menghormati tetangga baik sesama muslim mahupun yang bukan muslim (kafir).

Dalam hadis yang diriwayatkan Al Bazza sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Tetangga itu ada tiga macam. Tetangga yang mempunyai satu hak iaitu tetangga yang terdekat haknya. Tetangga yang mempunyai dua hak dan tetangga yang mempunyai tiga hak iaitu tetangga yang paling utama haknya. Tetangga yang mempunyai satu hak adalah tetangga musyrik yang bukan kerabatnya. Ia hanya mempunyai hak sebagai tetangga. Tetangga yang mempunyai dua hak adalah tetangga muslim iaitu yang mempunyai hak sebagai orang Islam dan hak sebagai tetangga. Sedangkan yang mempunyai tiga hak adalah tetangga muslim yang masih ada hubungan keluarga, dia mempunyai hak sebagai tetangga, hak sebagai orang Islam dan hak sebagai keluarga”.

Menurut Imam Al Qurthubi;

“Berbuat baik kepada tetangga adalah perkara yang diperintahkan dan dianjurkan, baik terhadap orang muslim ataupun kafir. Berbuat baik itu ertinya memberikan pertolongan, bergaul dengan baik, membelanya jika ada gangguan dan ancaman”.

Bahkan dalam hadis Rasulullah juga ditegaskan tidak beriman seseorang itu jika ia mengganggu tetangganya. Begitu indah ajaran Islam dalam menjalinkan hubungan antara sesama manusia di dunia ini. Tidak kiralah apakah mereka tergolong orang-orang muslim ataupun orang-orang kafir.

Begitu jelas bahawa ajaran Islam menghormati dan menghargai setiap insan, maka tidak benar anggapan yang mengatakan bahawa Islam tidak menghormati hak orang yang bukan Islam.

Sesungguhnya umat Islam dibolehkan untuk bekerjasama dan bergaul dengan umat agama lain dalam masalah-masalah yang berhubungan dengan masalah keduniaan.
(Sila rujuk surah Al Hujarat ayat 13, Surah Luqman ayat 15 dan surah al-Mumtahanah, ayat

Bagaimana dengan ucapan sempena perayaan mereka?

Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor menyebut bahawa;

“mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam sempena hari-hari kebesaran agama mereka seperti hari Krismas, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya, termasuk antara masalah furu’ (cabang) dalam akidah Islam yang diperselisihkan antara ulama pada zaman ini. Perselisihan pendapat antara ulama mengenai hukum itu, pada hemat saya berpunca daripada tasawwur yang kurang jelas terhadap maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum Islam yang dikemukakan itu. Jika maksud pengucapan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran kaum bukan Islam dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama, maka sememangnya haram dan sama sekali tidak boleh dilakukan”.

Namun, sebenarnya, jika maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih daripada hanya ikut bercuti pada hari itu, dan juga dengan niat untuk membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, atau hanya memperlihatkan rasa senang dan gembira hati dengan berkongsi kegembiraan mereka berhari raya, maka beliau berpendapat pengucapan seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekali gus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka.

Khusus bagi kaum kafir yang tidak memusuhi Islam, telah disebutkan dalam perenggan yang sebelumnya yang mana Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8 iaitu Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu.

Kita juga perlu mengambil kira hubungan kemanusiaan dalam isu ini, seperti mana bidang-bidang kemanusiaan lain, kita tidak dilarang mengadakan hubungan baik dengan bukan Islam. Hubungan yang langsung terputus dengan sendirinya tidak memberi laluan kepada pendakwah untuk menyatakan kebaikan Islam kepada mereka, sedangkan agama ini adalah agama dakwah, agama damai dan selamat. Perang hanya berlaku apabila dakwah ditolak, jalan-jalan damai tidak wujud lagi kepada pendakwah tegas Dr. Abdul Hayei.

Perbuatan seperti memasang lampu warna-warni di keliling rumah, menghias rumah dengan pokok Krismas, menyertai perarakan Hari Deepavali dan lain-lain adalah jelas keharamannya kerana amalan ini ada hubungan terus dengan akidah. Akan tetapi, jika mereka dengan sudi telah menghulurkan makanan pada hari itu dan kita terimanya dengan baik hati, serta mengucapkan terima kasih kerana hadiah yang diberi mereka, maka tidak ada sebab untuk kita menolaknya kerana mereka mungkin akan terasa hati dan fitnah akan timbul ke atas kita iaitu tidak meraikan perpaduan nasional dan juga bersifat toleransi.

Pandangan Ulama Terkemuka Yang Lain

Dr. Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat: Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita telah merelakan agama dan kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan.

Al-Qaradawi memberi beberapa alasan, antaranya: Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka, sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Ayat 8 dalam surah al-Mumtahanah yang dikemukakan terdahulu dijadikan hujah.

Menurut al-Qaradawi lagi, bidang-bidang kerjasama antara Islam dan bukan Islam seperti bidang teknikal, ketukangan dan lain-lain masih terbuka. Bahkan Nabi s.a.w. pernah menggunakan kepakaran seorang Yahudi bernama Abdullah Ibn Urayqit sebagai penunjuk jalan ketika baginda berhijrah ke Madinah.

Peranan Abdullah ini sangat besar, ada kemungkinan jika dia berniat jahat pada ketika itu, kesannya boleh menggagalkan strategi hijrah atau jika dia mengambil kesempatan menipu, maka sudah pasti kesannya sangat buruk kepada Islam dan dakwah, namun baginda tetap menggunakan juga khidmat kepakaran Yahudi yang bukan Islam itu.

Sebagai kesimpulan, Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat harus bagi kita mengucapkan tahniah dan selamat Hari Raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini.

Kesimpulan

Dalam era baru gerakan Islam di Malaysia, adalah menjadi keperluan kepada kita untuk memahami suasana masyarakat yang terlalu variasi agama dan kepercayaannya. Memang menjadi hasrat kita untuk memupuk perpaduan antara kaum dan agama, namun tidaklah bermakna kita harus menafikan bahawa wujud perbezaan-perbezaan mutlak antara agama. Sebaliknya, dengan kita lebih memahami perbezaan inilah maka kita akan lebih hormat-menghormati antara satu sama lain dan kita akan lebih berjaya mendekati mereka seterusnya menyampaikan dakwah Islam dengan lebih berkesan.

Tidak boleh dinafikan lagi bahawa perayaan-perayaan besar yang ada di negara kita ini adalah merupakan perayaan-perayaan yang bersifat agama. Perayaan mereka melambangkan anutan mereka. Apa yang harus kita fahami adalah kita sama-sama meraikan perayaan itu bukan kerana ’sebab’ perayaan itu berlangsung, tetapi yang kita kongsi ialah kegembiraan. Oleh sebab itu, apabila satu pihak mengucapkan selamat dan tahniah kepada pihak yang lain yang dimaksudkan ialah kegembiraan itu, bukan sebabnya. Sekiranya ini difahami dengan baik tidak akan timbul sebarang keraguan atau perasaan yang bukan-bukan.

Wallahu’alam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
Dewan Pemuda PAS Pusat

Rabu, 23 September 2009

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...

walaupun raya tahun ini tak balik Malaysia...tapi rasa seronok raya tahun ini...:)



تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu”. (Lihat: Fathul Bari 2/446)

Ibnu Hajar rahimahullah berkata: Dari Jubair bin Nufair ia berkata:

كَانَ اَصْحَابُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، اِذَا الْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيْدِ يَقُوْلُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ

“Para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam apabila bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain: Semoga Allah menerima dari kami dan darimu”.

(Lihat: Fathul Bari 2/446)


mak abah..selamat hari raya..maaf zahir dan batin..

Selasa, 22 September 2009

Percutian idaman saya....

Cadang bila ada duit nanti nak p tempat-tempat ni la..


Sabtu, 11 Julai 2009

Doa itu senjata Umat Islam

Ya Allah...Hinanya diriku ini melihat saudara-saudaraku dibunuh..Ya Allah..Aku malu kepadaMU ya Allah....





Layakkah aku menjadi hambaMu Ya Allah...

Maksudnya 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Isnin, 6 Julai 2009

Sabily-Ubuntu versi islamik

Sabily diambil dari Bahasa Arab bermaksud – Jalan, dalam Bahasa Melayu.

Sabily adalah sebuah sistem operasi seperti microsoft window dan Mac OS X. Tanpa sistem operasi ini sebuah komputer akan menjadi tidak berguna. Perlu diingat bukan Window sahaja yang terdapat di dunia ini untuk di jadikan OS komputer anda, ada banyak lagi OS yang dibangunkan secara percuma seperti Ubuntu,Opensuse,Slax, dan berbagai yang lain lagi.

Antara yang menarik Ubuntu Muslim Edition – Sabily. Dibangunkan khas untuk orang Islam. Software utama yang dimuatkan dalam Sabily adalah Zekr (Mashaf-Othman) – Bacaan dan terjemahan Al-Quran. Minbar – Aplikasi waktu solat, Kalendar Hijrah dan beberapa aplikasi tambahan lain.


Software biasa yang dimasukkan seperti OpenOffice (word processor, spreasheet, presentation), Firefox (web browser), Pidgin (instant messaging), F-spot (photos management), Gimp (image manipulation program) dan software multimedia lain.


Sabily ini mengambil contoh dari Ubuntu dan mengubahsuai menjadi OS edisi muslim dan yang lebih menarik lagi, Sabily ini dibina oleh sukarelawan dari seluruh dunia. Anda juga boleh terlibat dalam membentuk versi Sabily yang lebih baik lagi.


Berminat??silalah download..ada 3 cara download..salah satunya kita boleh download pakai torrent,dan failnya sekitar 3Gb...


Anda perlu download fail ISO Sabily dan burn ke DVD, kemudian boot atau start komputer anda dengan DVD tersebut, boleh memilih sama ada ingin install atau mencuba terlebih dahulu. Jangan risau, jika anda mencuba, ia tidak mengganggu sistem operasi sedia ada. Anda juga boleh mencuba terus didalam windows dengan menggunakan Virtual Box image tanpa mengganggu sistem operasi windows anda.




Lampiran:

Barang Cetak Rompak & Fotocopy Buku

Ahad, 5 Julai 2009

Di Mana Salahnya Sistem Pendidikan di Malaysia???

Assalamualaikum...
Negara kita, malaysia yang tercinta ini telah merdeka sudah lebih dari 50 tahun,dan kalau kita qiaskan kepada manusia,malaysia yang dah nak masuk umur-umur pencen dah pun. Penulis hari ini ingin mengungkap suatu kesangsian dalam hati ini,kenapa sistem pendidikan kita belum berjaya menghasilkan benih-benih yang kita harapkan??




Penulis memulakan dari sudut keagamaan dari lulusan sekolah menengah di malaysia. Saya pernah mendengar fakta bahawa 70% remaja malaysia tidak solat 5 waktu,fakta dari polis diraja malaysia 10 ribu anak gadis dirogol setiap tahun,ada sekitar 20-50 ribu tahanan di pusat serenti. Semua ini berada dalam lingkungan sekitar 17-21 tahun dan mereka adalah lulusan dari sistem pendidikan malaysia. Penulis juga pernah membuat survei sewaktu di matrikulasi dalam ujian bacaan al Fatihah,ternyata dari 100 yang diuji hanya 20 orang yang bacaan al Fatihahnya benar dari hukum tajwid dan makhraj. Jika kita meninjau di semua IPTA di malaysia setiap kali solat subuh berapa kerat manusia yang akan solat subuh berjemaah di masjid??kalau bangun pukul 7 solat subuh tu pun dah syukur...


Dari sisi akademik,kita sudah tahu ranking universiti kita semakin menurun,Universiti Malaya dari ranking 80 dunia sudah menurun ke 250 dunia. Di mana salah sistem pendidikan kita??Berapa banyak anak-anak bangsa kita yang dihantar ke luar negara tapi gagal dalam pengajian mereka??sedangkan mereka ini adalah putera puteri terbaik bangsa??sudah berapa banyak hasil penelitian dari universiti di malaysia yang berjaya membanggakan malaysia??Berapa banyak pemimpin mahasiswa yang ketokohan mereka dicantas oleh AUKU??

Kemudian kita lihat kerajaan memperkenalkan PPSMI,wajib lulus bahasa Inggeris untuk lulus SPM,lulus sastera Inggeris untuk lulus SPM,sistem sekolah bestari,sekolah intergrasi dan lain lain yang bagi penulis tidak jelas sistem perlaksanaannya dan penulis yakin kerajaan tidak terlebih dahulu meminta pandangan ahli akademik malaysia sebelum mengubah sistem pendidikan negara kita..

Sampai bila kita mahu melihat anak-anak bangsa kita dikorbankan oleh sistem pendidikan yang zalim ini??mahukah negara kita dipenuhi oleh remaja-remaja yang buruk akhlak dan rendah pencapaian akademik???

Selasa, 9 Jun 2009

Solat Dhuha berjemaah..Bolehkah??

Salam semua

Soalan:ustaz bolehkah solat dhuha dikerjakan secara berjemaah??Apakah dalilnya??




Jawapan:

Solat dhuha itu sendiri hukumnya sunat muakkad,paling sedikit dua rakaat dan sebanyak-banyaknya lapan rakaat. Menurut Imam Ar-Rauyani dan Imam Ar-Rafie, sebanyak-banyaknya dua belas rakaat. Dikerjakan dengan sekali salam,setiap dua rakaat. Waktunya adalah sejak terbitnya matahari sehingga tergelincirnya matahari(Imam Nawawi, Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzdzab, 4/35-36)

Memang pada umumnya solat dhuha dianggap solat sunat (tathawwu’) yang tidak disunnahkan/disyariatkan berjemaah.(Imam nawawi,Raudhah Atn-Thalibin, 1/22;As-Sayyid Al-Bakri, I’anah Ath-Thalibin,1/272)

Namun demikian, sebahagian ulama telah meneliti ulang permasalahan tersebut. Dan mereka menemukan dalil bahawa solat dhuha ternyata boleh dikerjakan secara berjemaah. Syeikh Mahmud Abdul Latif ‘Uwaidhah , misalnya mengatakan “Solat dhuha ini dapat dikerjakan secara bersendirian dan dapat pula dikerjakan secara berjemaah”. Beliau lalu menyebutkan dalilnya, iaitu hadis dari “Itban bin Malik RA yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Bukhari,Muslim, dan ibnu Khuzaimah.(Mahmud Abdul Latif ‘uwaidhah, Al-Jami’li Ahkam Ash Shalah,2/399)

Dalam kitab Fathul Bahri(Syarah Sahih Bukhari) karya Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, dinukilkan hadis ‘Itban bin Malik RA tersebut, bahawa Rasulullah Saw telah melakukan solat dhuha (subhata adh-dhuha) di rumah baginda(rumah ‘Itban bin Malik), lalu orang-orang berdiri di belakang baginda dan mereka pun bersolat dengan solat baginda(fa-qaamu waraa’ahu fa-shallu bi shalaatihi).(Ibnu Hajar Al-‘Asqalani, Fathul Bahri.4/177)

Imam Ibnu Hajar menjelaskan bahawa hadis di atas adalah hadis riwayat Imam Ahmad. Beliau juga menyatakan bahawa hadis yang semakna ini telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dari sahabat Ibnu Wahab bin Yunus RA(Ibnu Hajar Al-‘Asqalani,Fathul Bahri,4/177;HR Ahmad no. 22657;Ibnu Khuzaimah no.1165)

Kitab lain yang menyatakan bolehnya solat dhuha berjemaah adalah kitab Al-Fatawa Al-Fiqhiyah Al-Kubro(2/250), berdasarkan hadis ‘A’idz bin Amr RA yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tabrani. Dari ‘A’idz bin Amr RA dia berkata,”suatu saat air sedikit,maka Rasulullah Saw pun berwuduk dengan air dalam satu gelas(qadah) atau satu mangkuk besar (jafnah). Lalu Rasulullah Saw menasihati kami kerana sedikitnya air ketika itu. Rasulullah bersabda, ‘Orang yang bahagia di antara kita adalah orang yang terkena musibah, tapi dia tidak memperlihatkan itu kepada kita. Kecuali kalau musibah itu sudah menimpa semua orang dalam satu kaum.’ Kemudian Rasulullah Saw solat dhuha bersama-sama kami(tsumma shalla binaa rasulullah Saw adh-dhuha).”(HR Ahmad no. 19721; Ath-Thrabani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir, no. 14462).

Berdasarkan dalil-dalil di atas, maka jelaslah bahawa melaksanakan solat dhuha secara berjemaah adalah boleh (ja’iz) menurut syara’, dan bukan merupakan suatu bi’daah. Sebab Rasulullah Saw sendiri pernah melaksanakan solat dhuha secara berjemaah dengan para sahabat.

Allah knows the best….