Kenapa aku memilih tajuk antara aku dan babi??bukankah aku ni manusia sedangkan babi itu makhluk yang sering dihina.??
Sedangkan kalau dalam islam kalau kita terpegang babi tak kira la kulit k,daging k,air liur k dan apa-apa pun berasal dari babi kita wajib kena sertu(bukan samak na,sertu bahasa yang paling tepat!)..dalam islam pun diajarkan sunat bunuh babi ni tak kira apa alasan pun. Kalau bela babi haram! Sedangkan kalau kita bela anjing boleh lagi..
Ok!..jom kita baca hadis ni..
Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik untuk seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah/lumpur daripada dia mengeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya..H.R At-Tabrani
Membaca hadis ini..kita kena paham betul-betul. Jangan plak kata perempuan tu yang hina dari babi.kita sebagai laki tak hina. Itu salah!!!.sebenarnya pasangan yang sering ‘ringan-ringan’ dan bersentuhan sesama sendiri inilah lebih hina dari babi. Eh..tolong paham..aku cakap macam ni bukan bermakna aku baik..aku jahat gak.huhu..aku tulis blog ni untuk membaiki diri aku…insyaAllah…jom kita lihat pandangan ustaz zaharuddin tentang pasangan yang suka pegang-pegang ni.
Zina bakal lahirkan keluarga dan zuriat zina
Perkara ini juga perlu kita perhatikan terutama kalau kita naik bas,angkot,dalam tutorial atau di mana-mana yang boleh menyebabkan kita bersentuhan dengan perempuan yang bukan mahram(bukan muhrim na!)..
Saya berharap kepada diri saya dan kawan-kawan marilah kita menjadi manusia bukannya jadi babi atau lebih teruk dari babi. Marilah kita selamatkan diri kita dari seksaan api neraka yang…………
Semoga generasi anak-anak kita tidak menjadi generasi yang menentang islam. Ingat lah kita sebagai orang melayu islam, kalau kita meninggalkan jihad nescaya hilanglah kehormatan islam dalam masyarakat kita. Lihatlah bagaimana nasib orang-orang sepanyol yang meninggalkan jihad,sedangkan orang-orang sepanyol itu memeluk islam lebih dari 800 tahun..kita orang melayu??paling awal kata dalam sejarah adalah melalui kerajaan kedah tua memeluk islam. Itu pun zaman kerajaan islam abbasiah. Jadi umur orang melayu jadi islam dalam 400 tahun lebih ja.. tak lama pun..tunggulah nasib orang-orang melayu macam mana kalau kita masih berdegil hendak meninggalkan islam..tak percaya??ni haaa bukti...umur islam kat malaysia tak lama dah...
percaya tak lagi islam dihina ja kat malaysia??tak percaya??
Akhir kata.tiada kemuliaan tanpa jihad dan dakwah..
al_madd:teringin nak kawen awal..hahahaha
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamhmm entri yang baik untuk renungan bersama.hohoho..selangor memonopoli rating tertinggi tuu..
BalasPadamhaih takut la aku buat dosa sia-sia macam ni. wuaaaaa. haha kawen awal kurangkan maksiat. jum kawen awai semuaaaaa! haha.
BalasPadam