Sabtu, 4 April 2009

Aku selalu berzina…


Assalamualaikum..


مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)

Berzina adalah salah satu dosa-dosa besar dalam agama islam..hukuman untuk orang berzina adalah:

1.Yang belum berkahwin disebat 100 kali

2.Yang sudah berkahwin direjam sampai mati

Kenapa saya membuat tajuk yang bernama “aku selalu berzina”???inilah jawapannya

Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah Saw bersabda:

“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat ini lebih keras daripada zina. Sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan betaubat. Maka diterima oleh Allah SWT akan taubatnya. Dan sesungguhnya seorang yang mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpati itu”

Pernahkah kita sedari bahawa kita sering menghina orang-orang yang berzina tapi kita sering melakukan apa yang lebih teruk daripada itu. Begitu banyak ayat-ayat al quran dan hadis mencela orang yang suka mengumpat ini..

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji

Pergertian mengumpat

Mengumpat adalah apabila engkau menyebut sesuatu yang boleh menimbulkan kebencian atau kemarahan saudaramu apabila dia mendengarnya, samaada yang disebut itu sebagai kekurangan-kekurangan pada badannya, atau keturunannya, atau bentuk kejadiannya, atau perbuatannya, atau perkataannya, atau perkataannya, atau agamanya, atau dunianya. Sehingga kepada pakaiannya, rumahnya dan kenderaannya

Contoh-contoh

Kekurangan-kekurangan dalam anggota badan:rabun matanya,juling,botak,pendek,hitam

Kekurangan dalam bentuk dan rupa;kikir,sombong,pegecut,degil

Kekurangan dalam perbuatan;penipu,pencuri,pendusta,kaki botol

Kekurangan yang menyentuh perbuatan;dia itu biadap,tidak memperdulikan orang lain

Berkaitan pakaian;lengan bajunya terlalu labuh,bajunya selalu kotor

Ini adalah pengelasan yang dibahagi oleh imam Ghazali. Ada beberapa contoh mengumpat yang sering saya perhatikan dalam kehidupan saya sepanjang hidup di dunia ini..


1. Tak suka cikgu tu,tak suka pensyarah tu..keluar ja kawan tu mesti kutuk kaw kaw punya kat belakang

2.Pantang ja ada orang yang declare couple(pacaran) mesti bergosip punya,mesti satu batch tau.mengumpat ikut YM la,Facebook la takpun kumpul ramai-ramai mengumpat..heee..

3.Kawan kita kadang-kadang susah nak sebut huruf ‘R’ tau huruf lain, kita suka ajuk-ajuk kawan kita itu

4.Orang itu perangai huduh sikit. Kita mesti mengata macam-macam kepada orang tuh. Walaupun benda tu betul, tapi tetap mengumpat

5.Kawan kita cara jalan pelik sikit,mesti kita suka tiru-tiru gaya tu sambil ejek-ejek dia..

6.Kawan kita berasal dari bermacam-macam daerah, kadang-kadang dia suka cakap pakai slang daerah dia, kita suka ejek-ejek dia dengan panggilan yang bermacam-macam

7.Ada banyak lagi contoh sebenarnya..kita dah besar..pandai-pandai la fikir sendiri..heeee

Mengumpat itu tidak terbatas pada lidah!

Diriwayatkan oleh ‘Aisyah ra katanya: “Telah datang kepada kami seorang wanita kerana sesuatu hajat,kemudian apabila dia pergi, aku mengisyaratkan dengan tanganku bahawa dia itu pendek. Maka rasulullah Saw pun berkata: ‘Aisyah, engkau telah mengumpatnya.

Hadis ini menasihatkan kia supaya jangan mengejek orang seperti cara jalan dia,kebiasaan dia,cara berpakaian dia dan lain-lain la..

Pastu ada lagi..

“Yang mendengar itu adalah salah seorang dari orang-orang yang mengumpat”


Jadi kalau ada mengumpat depan kita samaada kita tegur atau lari dari situ. Atau pun siap-siap lah menerima azab di kubur..

Kemudian juga adalah buruk sangka adalah mengumpat di dalam hati..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Kafarah mengumpat

1.Wajib atas orang yang mengumpat itu menyesal, bertaubat dan merasa sedih di atas perbuatan yang telah diperbuatnya

2. Kita mestilah meminta maaf dari orang yang kit umpatkan itu

3.Kalau orang yang meninggal itu sudah meninggal, kita haruslah meminta maaf dari keluarganya dan membanyakkan sedekah..

Antara amalan yang dapat membersihkan hati kita:

Tambah kefahaman dengan belajar
Tinggalkan maksiat
Lakukan semua perkara yang wajib
Banyakkan baca quran dan zikir
Terutama surah an Nas

بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1
مَلِكِ النَّاسِ (2)
إِلَهِ النَّاسِ (3)
مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4)
الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5)
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)


Antara zikir yang elok dibaca

رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ
وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ

Semoga dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah SWT….

al_madd:huhuhuhu..banyaknya dosa aku…

1 ulasan:

  1. berkaitan pakaian ; lengan bajunya terlalu labuh. wooooo cakap simple macam tuh pun x boleh? nauzubillah. banyaknya dosa. takut aku. insaf insaf. membenci orang lain pun x baik juga kan? tambah-tambah kalau dia saudara seagama kita. HOHO renung-renungkan dan marilah bermaaf-maafan! :)

    BalasPadam