Sabtu, 28 Mac 2009

Islam dan Ilmu


Assalamualaikum

Allahamdulillah akhirnya saya dapat juga membuka blog ini. Setelah beberapa tahun mencuba..:)

Tajuk yang saya pilih untuk pemula artikel saya hari ini adalah Islam dan Ilmu. Ini adalah selari dengan ayat pertama yang diturunkan kepada nabi junjungan kita Muhammad saw.

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk.

Begitu juga sabda nabi saw:

Ilmu pengetahuan itu adalah barang kepunyaan orang mukmin yang tertinggal

Saya akan cuba membawa kepada kehebatan tiga kerajaan Islam setelah zaman khalifah Ar-rasyidin.

1.Kerajaan Bani Umayyah

Kerajaan yang di asaskan oleh muawiyah setelah peperangan siffin. Antara kehebatanya kerajaan ini adalah taktikal tentera yang begitu hebat. Tentera yang diketuai oleh Tariq bin Ziyad telah berjaya menawan Andalusia. Di zaman ini juga lahirnya mujaddid islam iaitu umar abdul aziz,Seorang khalifah yang boleh mengeluarkan fatwa. Di ceritakan juga zaman ini berlaku reformasi baitul mal yang membolehkan wang negara dipakai dengan berhemah

2.kerajaan Abbassiah

Kemuncak kepada keilmuan islam. Zaman ini juga menyaksikan lahir sarjana-sarjana Islam terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, al-Farabi dan sebagainya. Sarjana-sarjana Islam ini meningkatkan lagi pencapaian Islam dalam bidang perubatan melalui pengetahuan yang diwarisi daripada Zaman Yunani yang diserap dan digabung dengan kajian yang mereka lakukan. Pencapaian bidang saintifik Islam yang lain adalah dalam bidang optik, kimia, dan methematik. Pakar sains Islam mengasaskan bidang optik dan menyatakan beberapa kesimpulan penting berkenaan teori kanta pembesar, kepantasan, pengaliran, dan biasan cahaya. Ahli kimia Islam turut mengatasi alkhemi, rekaan Yunani Hellenistik, sistem kepercayaan bahawa kesemua logam pada asasnya adalah sama. Dalam bidang methmetik, pencapaian teragung pakar sains Islam adalah menggabungkan geometri Yunani dengan sistem nombor hindu. Dengan pengenalan nombor sifar (0), pakar mathematik Islam telah berjaya mengembangkan pengiraan berasaskan sistem perpuluhan dan memajukan algebra. Dalam bidang astrologi, kajian teliti dilakukan mengenai perubahan kedudukan bintang, malah terdapat dari mereka yang menimbangkan kemungkinan bumi berputar dan beredar mengelilingi matahari.

3. Kerajaan Turki Uthmaniyyah

Kerajaan islam yang terakhir dan yang sangat kita menrindui. Pada zaman ini kerajaan islam begitu kuat dari sisi ketenteraan. Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka menyerang atau membuat pengepungan ialah semasa peristiwa penaklukan Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453. Semasa serangan terbabit, meriam-meriam besar digunakan bagi memusnahkan tembok yang tinggi dan tebal. Meriam-meriam ini diperbuat daripada gangsa dan dibawa berdekatan dengan kota ini menggunakan banyak tenaga manusia disamping penggunaan kerbau dan lembu kerana berat yang melampau meriam-meriam ini. Meriam-meriam ini kemudiannya ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan letupannya. Seorang panglima Austria pernah berkata bahawa tentera Uthmaniyyah amat "kebal" semasa musim panas. Keterangan ini nyata benar memandangkan banyak kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya. Diceritakan juga oleh sejarah,pada zaman ini tentera-tentera uthmaniyyah telah berjaya mencipta roket yang boleh mencapai jarak 1 kilometer(jarak yang cukup jauh pada zaman itu)

Mengenang kepada sejarah islam yang begitu hebat ini. Kadang-kadang kita merasakan begitu merindui kepada kebangkitan islam kembali. Semoga perjuangan mujahidin islam di seluruh dunia ini diberkati Allah. Kerana Allah telah berjanji kepada umat nabi Muhammad saw.

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya: Kamu [umat Islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk

manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat

kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.

(Aali Imraan: 110)

Semoga sahaja umat islam yang berilmu terutamanya di Malaysia akan lebih bertaqwa. Kerana orang islam itu harus sedar bahawa tujuan dilahirkan ke bumi dan mengkaji ilmu-ilmu ini cumalah satu, iaitu:

Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya

mereka menyembah-Ku.

Fariz:semoga esok masih ada..

2 ulasan: