Jumaat, 1 Mac 2013

Pengurusan kewangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Beberapa minggu yang lalu aku pergi jumpa bos kawan aku awie, berbincang pasal pengurusan kewangan. Berbincang dari pukul 2.30 petang sampai 5.30 petang, lenguh gak la mulut aku. Terus terang hasil perbincangan ini membuat minda aku terbuka. Cuma aku sedikit kecewa bila aku promosi perundingan pengurusan kewangan ini kepada kawan-kawan aku. Hampir kesemua mereka anggap benda ini sama dengan takaful.

Perlu di ingatkan konsultasi pengurusan kewangan ini bukanlah promosi mengenai skim-skim takaful seperti Etiqa, Prudential atau MAA, tetapi dalam konsultasi ini adalah juga diselitkan juga mengenai perlunya mengambil takaful ini.



Secara jujur aku bukanlah seorang yang pandai menguruskan kewangan aku, aku selalu juga menghadapi masalah kewangan dari zaman bangku sekolah. Sebab itu sejak mulai alam perkerjaan ini aku mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah aku ini.

Aku selalu juga sembang mengenai kewangan ini bersama kawan-kawan dan aku mengambil kesimpulan ringkas, umat Islam khasnya terlalu kurang ilmu/informasi mengenai sistem pengurusan kewangan yang efektif.

Kadang-kadang gaji 3-5k sebulan, kerja tetap belum berkahwin, dah pakai telefon bimbit yang harga di atas 2k dan bil bulan mencecah 100 ringgit, kereta paling koman Honda City, Preve, Almera yang sebulan kena bayar 700-1k. Itu belum termasuk duit yang perlu dikeluarkan untuk hal-hal yang tidak dijangkakan.

Bukan aku nak kondem sangat orang-orang muda yang suka beli kereta ni. Dia ada beza tau antara nafsu dan keperluan. Kalau mak ayah bagi kereta atau kereta lama, beli jela kereta tu dari mak ayah kita dari beli baru ataupun memang datang dari keluarga yang menengah ke bawah,tak mampu bagi kereta, beli la kereta baru. Ini baru kerja setahun dua dah berangan beli CR-Z hybrid, Camry, Passat. Terlalu berlebihan. Banyak lagi benda perlu kita simpan.



Artikel ini aku snap waktu tengah servis kereta. Akhbar NST, penulis dia pemuda berbangsa Cina yang menyuarakan kebimbangan beliau mengenai habit rakyat Malaysia yang suka berbelanja melebihi keperluan.


Keadaan politik yang tidak menentu juga membuat aku rasa takmau nak berbelanja besar untuk apa-apa kecuali kawen la kan..haha..
BN terus memimpin Malaysia akan cepat hancur
PR naik rakyat Malaysia akan menderita dulu 5-10 tahun sebelum kita akan bangkit balik

Sebab  itu kita kena berbalik kepada perintah Allah dalam surah Yusuf






Kesimpulannya..

1.Buat perancangan dengan teliti untuk masa depan anda..Jangan fikirkan pasal persepsi orang..Yang mahal itu gaya hidup bukan kos hidup

2.Jangan jadi bodoh sombong. Bila ada orang yang tahu tentang kewangan menawarkan kepakaran kepada anda, jangan berlagak seolah-olah anda tau semua

3.Istikarahlah kepada Allah

Selasa, 12 Februari 2013

Nafsu

Nafsu adalah sebahagian dari diri kita. Islam mengajar kita mengawal nafsu kita bukan menurut atau menolak terus nafsu kita.

Ada orang bernafsu dengan seks, bernafsu dengan pakaian, bernafsu dengan jalan-jalan, bernafsu sana-sini dan macam-macam la.Nafsu makan McD jangan ketinggalan..Zzz

Aku sejak dapat handphone 'buangan' dari abang aku ni. Nafsu dok main gajet ni makin menjadi-jadi.

HTC Legend-Samsung Nexus S-Samsung Galaxy SII-Samsung Galaxy Nexus..


Baru-baru ini aku pujuk abang aku untuk pesan LG Google Nexus 4 melalui Playstore..





Phone ini boleh beli melalui Digi ja sekarang.Belum ada jual di Kedai LG.Kalau beli dekat Digi harga awal murah ja..RM500 sahaja, tapi terikat kontrak 2 tahun dengan sebulan bayar RM148. Pokai la aku macam tu sebab aku mana duit, gaji pun ciput ja

Jadi aku pun suruh abang aku beli melalui playstore Australia, harga phone AUD 418(RM1320). Ini harga harga yang murah la bagi untuk phone yang Quadcore processor. Berbanding  Iphone 5, Note II, SGSIII, HTC One X.

Bukan tujuan aku nak cerita pasal Nexus 4 ni, tapi bila dah masuk alam pekerjaan ini, bila dah pegang duit sendiri lebih cenderung berbelanja mengikut nafsu. Yang penting umur macam aku ini adalah kahwin ( Aku tak jadi kahwin, kira takpala nak belanja duit kot lain..haha). Kalau boleh nak kahwin, tak perlulah buat personal loan. Bila dah kahwin, duit rumah(beli atau sewa), kereta, barangan rumah, dan persiapan menyambut anak amat perlu dititik beratkan.

Jadi untuk para lelaki di sana yang bakal menjadi suami tak lama lagi. Nafsu suka bertukar handphone, upgrade komputer, make up kereta dan lain-lain yang hanya bersifat kehendakan peribadi hendaklah ditahan dulu dalam 3-5 tahun untuk membolehkan duit itu disalurkan sepenuhnya untuk keluarga.


Aku ingat lagi waktu kursus perkahwinan dekat Pusat Dakwah Alor Setar. Banyak kes penceraian berlaku disebabkan masalah kewangan.


Peringatan ke aku juga, Semoga orang melayu islam, rakyat Malaysia dapat mengawal nafsu dari melakukan perkara-pekara yang ak berfaedah ini. Semoga aku juga cepat kahwin juga...haha...

Isnin, 11 Februari 2013

Boikot Israel...

Isu lama dibuka lagi tentang tindakan umat Islam boikot produk Israel...

Aku pertama kali jumpa kempen ini waktu 2001. Waktu tu aku tingkatan dua di SAINA lagi. Sewaktu USA menyerang afghanistan. Aku balik ke Sungai Petani, solat jumaat dengan abah kat Masjid Penghulu Him, khatib dalam khutbah secara terang-terangan menyuruh umat Islam memboikot barangan atau produk yang menyokong Zionis Israel. Sebelum balik, pihak masjid ada menyediakan brosur-brosur tentang boikot zionis ini.

Jadi aku bawa balik brosur-brosur tu ke sekolah lepas balik cuti. Aku simpan brosur-brosur tu sampai tingkatan tiga Lepas tu ada peraturan setiap kelas kena hias papan kenyataan di belakang kelas berdasarkan subjek PMR. Aku dapat untuk pendidikan Islam.Aku ambil kesempatan ini untuk tempel brosur-brosur barangan yang sokong Zionis Israel ini kat papan kenyataan itu.

Reaksi kawan-kawan aku majoriti buat tak layan, dan ada la dua tiga orang yang jenis mulut tak ada insurans  bagi ayat-ayat pedas dekat aku

' Kalau macam tu takyah pakai apa la'

'Semua tak boleh'

Ada lagi ayat yang teruk..tapi aku tak berapa ingat skrip dia..takut nanti jadi fitnah pulak ke kawan tu dan aku dituntut di akhirat, lagi naya aku.

Dalam jarak 2002 sampai ke 2013 ini, begitu banyak rakyat Islam dibunuh oleh Zionis Israel, dan perkembangan media sosial begitu pesat.

Kalau waktu 2002 media sosial terbatas ke Friendster, Mirc,myspace, belum ada smartphone

Sekarang 2013 ada Facebook,twitter,blog,instagram,G+,smartphone murah-murah ja sekarang

Begitu banyak kempen menyeru Muslim memboikot barangan Zionis Israel ini..

Tapi?Bagaimana dengan rakyat malaysia?

Aku jadi malu bila rakyat-rakyat yang penduduk majoriti non-muslim lebih banyak promosi boikot barangan Zionis Israel ini.



Satu produk/barangan/makanan yang aku nak ulas bab ni iaitu McD..


Aku secara jujur pernah makan la McD ni. Bagi aku sedap la, tapi bila dah tau produk ini menyokong Israel aku takdak masalah langsung nak tinggalkan makanan ini. Aku taknak ulas dari segi kesihatan atau apa, cuma nak ulas bab simpati kita ke sesama muslim sahaja.

Sudah beratus ulama-ulamak dah mengeluarkan fatwa boikot ini, di mimbar-mimbar masjid juga ditekankan tentang bab ini, di internet, gerakan aqsa syarif, NGO yang lain, komuniti, forum. Tapi aku masih tidak paham kenapa melayu Islam masih tergila-gila makanan ini.?

Betul la apa yang aku dengar ceramah di lantunan mahabbah baru-baru ini. Kita dok doa dapat rezeki banyak, dapat jodoh yang baik, mewah sana sini, syurga, bidadari dan lain-lain tapi bila suruh tolong Islam sikit pun tak boleh. Cuma tak makan beberapa produk makanan sahaja. Tak mati pun!

Kalau lah memang tak tahan sangat nak makan McD, jangan makan secara terbuka, bungkus la bawa balik makan dekat rumah, jangan tweet makan McD, jangan upload gambar ke Facebook/instagram, jangan tulis dalam blog, jangan like fanpage McD kat Facebook, jangan dok promosi makanan terbaru McD kat kawan-kawan.

Bukan niat aku nak bersifat ofensif ke orang masih makan McD, cuma harapan aku, doa aku kepada yang yang masih makan McD ini tolonglah ada sedikit keimanan dalam diri anda tentang penderitaan rakyat Palestin, mereka itu adalah saudara seislam kita juga.


Aku sendiri pun masih banyak dosa, banyak kesilapan, kesalahan. Tapi mari mebina kehidupan sosial yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.




p/s-Hidup dilanda kemurungan apabila alam perkerjaan semakin dekat.huhu

Rabu, 6 Februari 2013

Sombong..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hari ini jom kita sembang pasal sombong...

Hari jumaat lepas aku dengan member sekolah rendah pergi la menuntut ilmu dekat Surau Al-Hidayah Taman Ria Jaya. Kalau ikut jadual waktu itu, sepatutnya Datuk Fadhil Awang yang akan menyampaikan kuliah bab akidah, tapi diganti dengan ustaz Imron. Tafsir surah Luqman.

Seingat aku la..Surah Luqman antara surah yang wajib dihafal waktu sekolah dulu...tapi sekarang dah lupa laa..zzz

Bagi aku awal-awal tafsir  surah tu agak bosan..sampailah ustaz tu huraikan ayat ini.

Sebab apa aku tertarik dengan ayat ini..sebab ayat ini kena sebijik ke atas kepala aku ke atas komuniti kawan-kawan aku. Ayat ini meceritakan bagaiman manusia yang merasakan dirinya bagus dan menolak perintah dari Allah.

Kalimat Mustakbir itu ditafsirkan dengan takabbur atau sombong.

Sombong: Menolak kebenaran dan menganggap orang lain hina


Sifat sombong ada sifat penghuni neraka..

1. Manusia yang meninggalkan solat, tak puasa di bulan Ramadhan-Ok..kita boleh terima..tapi tak boleh terima apa saling menunjuk-nunjuk siapa paling banyak ingkar perintah Allah-Sombong dengan janji seksaan Allah

2. Umur dah 25-30 tahun..Lelaki.dah nak jadi ketua keluarga takpun dah anak satu..tapi baca Al-Quran berterabur, tak berani jadi Imam untuk isteri-Boleh terima lagi sebab pendidikan sekular di sekolah, tapi tak boleh terima bila macam-macam alasan diberikan bila suruh belajar Al-Quran.Aku ramai kawan-kawan yang perangai macam ni. Tulis status kat FB/twitter berapi-api pasal Islam..Boo

3.Bila pangkat dah tinggi, doktor, engineer, dentist, farmasi, pensyarah..rasa malu bila nak pi mengaji duduk bersila kat masjid-masjid..Ustaz Imron jelaskan..Ini dari pandangan Islam bukan malu, tapi sombong atau takabbur. So what DG41, UD41, UD54, JUSA C, Turus III..Perlukah malu duduk bersila di masjid untuk menuntut ilmu?

4. Bab makan makanan mahal di restoran high class tak kisah berapa pun bayar..Bila ke masjid..Satu ringgit pun berkira..Tidakkah kita sombong kepada Allah?

5. Perempuan-->Free hair-->kerja dia update blog dan status FB-->Orang tutup aurat belum tentu baik..kata aku, ang tu lebih sombong sebab menghina hukum Allah

6. Isu boikot barangan Israel-Takat nak boikot makanan sampah macam McD pun susah..Tu pun dengan sombong tabik dada, saya laki soleh, saya muslimah solehah. Mana maruah anda sebagai umat Islam yang mengasihani muslim yang lain?
Jujur la aku kata..aku anti gila tengok kawan-kawan aku dok makan McD..Entah..rasa menyampah..



Kesimpulan..bukan nak dabik dada aku baik..cuma saling menegurlah kita sesama insan..tapi inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita..

Sabtu, 2 Februari 2013

Penjenaman semula blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Berkenaan tajuk di atas, ingin saya tegaskan bahawa blog saya langsung tak popular(haha) dan saya rasa ramai pun tak tahu dengan kewujudan blog saya. Blog ini saya buat dalam tahun 2008 kalau tak salah, waktu tu ada 'kawan' suruh buat. Awalnya lebih ke arah ilmiah, lepas tu politik campur agama sikit, kemudian diikuti dengan jiwang dan akhir sekali merapu saja.

Waktu tu letak la template yang cantik-cantik, letak chatbox, letak widget kira berapa orang mai view page kita, letak fish feeding, letak iklan nuffnang( siap lawan lagi dengan 'kawan' sapa dapat RM50 dulu kena belanja makan) dan segala macam la hias blog ini. Waktu tu nak bagi ramai view blog ni, aku letak la entri dari blog ni ke UtaraOnline, Tranungkite, dan Gengblogger. Boleh la dapat sehari kadang-kadang sampai 200-300 viewers.

Lepas tu, start 2010 aku langsung tak ambik tahu pasal kewujudan blog ni, dan sampai terlupa password blogger terus. Sampai la baru-baru ni aku buka balik blog ni, terkejut penuh gambar-gambar perempuan seksi kat background blog aku..Adeh..Maaflah..bukan aku yang letak, tapi rasa template dia dah tamat tempoh kot.

Jadi aku mengambil keputusan nak aktif la balik menulis memandangkan lama lagi nak kerja, tapi aku tak la pandai menulis blog macam kawan-kawan yang lain walaupun aku dulu ketua editor majalah sekolah(haha).Kenapa aku buang semua widget?buat chatbox?buang template? sebab semua-semua tu menyebabkan blog kita makin lambat nak loading, makin berat, banyak spam,banyak phishing. Aku tak perlukan semua tu lagi dah, tak nak dah penat nak promosi blog aku, taknak dah nak kira sehari berapa orang view blog aku, taknak dah tunggu RM50 nuffnang. Aku cuma nak berlatih menulis, nak ekspresikan diri, nak bersikap lebih kritikal dan aku pun tak harap pun orang lain nak baca blog aku, cuma aku biarkan je la blog ini sebagai public.

Kenapa memilih template simple?Rasanya semua orang suka yang simple dan natural. Fitrah lelaki suka perempuan yang natural dan simple walaupun ironinya perempuan suka bersolek, orang suka rumah yang simple dan teratur, suka majlis perkahwinan yang simple. SIMPLE..sesuatu yang memudahkan, tak rimas tak cemuih.


Perempuan yang simple itu cantik
Tajuk blog aku selama bertahun-tahun ini adalah 'sesuatu yang pasti' dan apa yang lucu, aku pun tak pasti dari mana idea aku dapatkan untuk tajuk blog tuh. Sekarang aku ganti dengan STOP disturb ME.Kenapa?biarlah rahsia, cuma nak beritahu ayat 'STOP disturb ME' ini sangat menusuk kalbu aku sampai mimpi-mimpi lagi pasal ayat ni.Tu dia!


STOP disturb ME

Isnin, 28 Januari 2013

Krisis Syria..

Assalamualaikum..


setujukah anda dengan analisis dari web ini?


http://www.crescent-online.net/2013/01/analysis-of-syrias-military-landscape-crescent-onlinenet-3590-articles.html

Jumaat, 3 September 2010

Subuh di Masjid Muzafar....

Subuh yang sejuk pagi rabu lepas....kalau ikut plan nak qiam kat masjid kampung raja..last2 qiam dalam tidoq jala..

lepas sahur..terus siap2..p solat subuh kat masjid muzafar sebelah taman jubli perak.kecewa juga la...sebab tak ramai orang kat masjid yang amat besar ni

Rabu, 1 September 2010

Zohor dan Asar...

Hari ni solat zohor di masjid rahman dan asar di masjid muzafar shah..


Waktu zohor memang ramai kat masjid rahman ni...sejuk hati juga solat kat sini tadi...


Lain ceritanya di masjid muzafar waktu asar tadi..sunyi sepi ja..padahal masjid rasmi sungai petani..maybe sebab orang tengah balik kerja kot..tu yang kosong ja masjid..




Selasa, 31 Ogos 2010

Doa berbuka puasa...

Beberapa hari yang lepas...waktu tengah tunggu bukak puasa di bandung...kami ramai-ramai kumpul dekat dapur..nak bukak puasa sekali...

bila azan berkumandang..seorang kawan bernama iqbal pun membaca doa ini sebelum berbuka puasa..

Lalu ada seorang sahabat yang berfikrah salafi pun kata.

"iqbal,doa yang awak baca tadi tu dhoif!"

Lalu di tanya oleh iqbal tu, apa yang dhoif...

lalu dijawab,doa itulah dhoif...tak boleh dipakai...

Mari lihat tentang doa yang dikatakan dhoif dan tak boleh dibaca ini..

Doa tu campuran dari 2 riwaayat
Bahagian awal doa tu sanadnya lemah
bahagian kedua riwaayatnya hasan

Tiada masalah dalam perkara seperti ini
hatta tiada riwaayat sekalipun kita sentiasa disuruh berdoa dengan doa-doa yang baik


اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ
Riwayat al Baihaqiyy

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ
Riwaayat abii Daawuud

بسمِ اللهِ والحمدُ للهِ اللهم لك صُمْتُ وعلى رزقك أفطرتُ وعليك توكلتُ سبحانك وبحمدك تقبل منى إنك أنت السميعُ العليمُ
Riwayat ad DaaruQutniyy

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Riwaayat Abii Daawuud,An Nasaaiyy, ad DaaruQutniyy dan al Baihaqiyy

Oleh itu..janganlah kita berlagak pandai seolah-olah kita tahu tentang hadis,padahal baru hafal beberapa hadis...


Hari pertama puasa penuh di Sungai Petani...

Hari p jalan-jalan merata...jalan kaki ja sebab nak kuruskan badan..

p central square yang penuh sesak..




kemudian p bazar dekat wisma keladi.semua makanan nampak sedap.last2 beli air tebu ja bawak balik sebab duit xdak...tapi yang tak best tadi..nampak bergaduh sikit sebab..sebab ada keta parking tak leh kuaq..orang tu call polis..kecoh la sat kat bazar..


on the way nak balik,ikut jalan rel keretapi..sungguh tak sedap mata memandang sebab nampak budak-budak melayu dok hisap gam...Bila la bangsa aku nak maju??huu

Isnin, 30 Ogos 2010

Tarawikh di Masjid Kampung Raja...

Lepas perjalanan jauh..hari ni teman mak p tarawikh di masjid Kampung Raja..Masjid ni best sebab ada aircond..hehe





lepas isyak ada tazkirah dulu dalam 10 minit..yang aku ingat..
"orang kita ini dari dulu kini dan selamanya dok asyik semayang 8 rakaat ja,bila la nak tambah2"
"keja tokwan dari dulu dok bakaq mercun cucu"




Solat tarawikh tak rasa letih sangat sebab imam baca 2-3 ayat ja....

Esok kena cuba p masjid lain plak ni....cuti sat sangat..huhu

Ahad, 20 Jun 2010

Selasa, 15 Jun 2010

Gejala Murtad akan semakin subur di Malaysia..

Masihkah kita ingat pendedahan oleh SS Mufti Perak bahawa hampir 100ribu orang telah murtad di Malaysia?

Apakah perasaan kita apabila dengar berita ini?


Baru-baru ini kerajaan telah membuat pengumuman-pengumuman yang 'mengembirakan' rakyat.Antaranya:

Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini
Harga gula naik 20 sen sekilogram
Pemberhentian biasiswa luar negara tanda universiti tempatan diiktiraf

Dan banyak lagi,rasanya tak perlu lagi lah nak letakkan di sini..sebab boleh sebabkan 'hepatitis'..

Tahukah kita kemiskinan ini akan menyebabkan iman seseorang itu semakin lemah?Betapa dakyah kristianisasi dapat berkembang subur apabila rakyat sesebuah negara itu kadar kemiskinan yang miskin.

Contoh mudah saya bagi:

Kenaikkan harga barang menyebabkan bajet sesebuah keluarga naik,secara tak langsung suami isteri keluarga itu akan berkerja keras untuk mencari duit,maka waktu ibu bapa bersama anak-anak akan semakin kurang.Apabila ada pasangan tak tidak dapat tahan lagi,pertengkaran akan berlaku dan mungkin penceraian akan berlaku.Ini akan memberi kesan buruk kepada anak-anak.
Sudahlah kurang didikan agama,sekarang anak-anak ini berhadapan dengan krisis rumah tangga yang sudah kronik,maka rakan sebaya akan menjadi tempat meluahkan perasaan.Di sini lah gejala dadah,bohsia/bohjan akan bertumbuh dan akhirnya musuh-musuh Islam akan menawarkan insentif kewangan kepada golongan ini.Terjadi lah riddah/murtad..

Contoh di atas adalah salah satu dari ribuan cerita yang berlaku di Malaysia.Seruan saya kepada Kerajaan Malaysia.Kurangkanlah pembaziran jagalah kebajikan rakyat..


Photobucket


Photobucket

Sabtu, 22 Mei 2010

Struktur akademik IPT Malaysia perlu diubah..!

Sebagai seorang mahasiswa,saya merasa keadaan sekarang ini memerlukan kerajaan terutamanya Kementerian Pengajian Tinggi melakukan revolusi dalam struktur akademik di IPTA dan IPTS di Malaysia...

Bagi saya, walaupun subjek-subjek duniawi ini penting,tetapi saya berharap jangan kita lupakan subjek-subjek yang mendidik akhlak mahasiswa kita..

Saya pernah menulis di entri sebelum ini bertajuk UKM atau KUIN yang memabandingkan bagaimana di KUIN terdapat subjek wajib seperti ilmu tajwid,bahasa arab dan Al-Quran..bagi saya struktur kurikulum seperti ini yang dituntut dalam islam..

Kita bersetuju dengan pendapat YB Khairy Jamaluddin dalam ucapan dasar beliau dalam Dewan Rakyat baru-baru ini yang mengatakan Latihan Industri untuk mahasiswa kejuruteraan perlu di kaji lagi kerana antara faktor graduan menganggur adalah kerana pengalaman sewaktu latihan industri..



Tapi bukan setakat itu sahaja,bukan hanya faktor pengalaman berkerja,pensyarah yang berpengalaman,mengambil sistem pengajaran yang berkesan,konsep belajar secaran ICT tetapi jangan dilupakan faktor agama/akhlak mahasiswa kita..

Saya dalam bab ini bersetuju dengan konsep akademik yang diperkenalkan oleh Kolej Insaniah..



Sebagai contoh mahasiswa perubatan KUIN perlu belajar ilmu perubatan moden,hadis-hadis syifa dan perlu menghafal beberapa juz Al Quran.

Contoh lain adalah fakulti kejuruteraan,subjek tajwid,bahasa arab dan Al Quran diwajibkan..


Ini agak berbeza dengan IPTA lain yang hanya mementingkan pelajaran yang bersifat dunia dan fizikal. Sebagai contoh jurusan kejuruteraan elektrik di Universiti Malaya.

Saya tekankan bahawa memang pelajaran sains dan sosial itu penting,tetapi bagi saya pelajaran yang membentuk akhlak mahasiswa kita juga janganlah dipandang remeh. Berikan penekanan untuk kedua-dua aspek. InsyaAllah Malaysia akan menjadi negara yang maju dalam waktu yang singkat..

p/s..saya bukan seorang yang baik atau berakhlak mulia untuk menegur atau melakukan pembaharuan..Sekadar pendapat sahaja..:)

Isnin, 17 Mei 2010

Sesuatu yang aneh di PRK Sibu...

Tertanya-tanya bagaimana boleh berlaku pertambahan undi sebanyak 5177 selepas pukul 6.40pm??

Kita tengok contoh ni..


Pukul 6.40pm, mengikut laporan dari The Star SPR mengatakan yang keluar mengundi adalah sebanyak 32 742 orang atau sebanyak 59.86%..

Tapi waktu keluar keputusan..begini pula jumlah yang keluar mengundi..

Tiba-tiba sahaja 37919 pengundi atau 70%..bagaimana jumlah ini bertambah selepas pukul 6.40pm??logikkah??

Saya melakukakan crosscheck dengan utusan malaysia..sama sahaja..


Mungkin ada yang berhujah..pertambahan itu adalah dari undi pos..



undi pos untuk parlimen Sibu adalah sebanyak 2537 undi..tapi pertambahan undi selepas pukul 6.40pm adalah 37919-32742=5177...kalau pun itu dari undi pos..dari mana datangnya lebih 2640 undi itu??logik kah??

Mohon SPR menjawab persoalan ini untuk menjaga kredibiliti SPR walaupun sebenarnya SPR sudahpun tidak lagi mempunyai kredibiliti dan kewibawaan di mata rakyat Malaysia...

Khamis, 22 April 2010

Apa dendam Malaysia dengan Iran??



Atas nama kemanusian, adakah rasional kerajaan Malaysia melakukan tindakan zalim ini ke Iran??

Sabtu, 20 Mac 2010

UKM atau KUIN??

Salam..

Dalam kebosanan petang tadi,saya melayari beberapa web universiti di Malaysia. Saya terview pulak web KUIN(Insaniah).Kolej ini terletak di Alor Setar,Kedah dan ditadbir oleh kerajaan negeri Kedah.



Saya melihat sedikit kelainan dalam subjek-subjek yang diajar dalam setiap semester di KUIN ini.Saya kira eloklah kita berkongsi sedikit informasi yang bagi saya amat berguna ini..

Jom kita tengok..Saya mengambil contoh Fakulti Kejuruteraan,Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan(Elektronik)



Kalau kita teliti subjek dalam semester-semester jurusan ini,kita tengok ada subjek-subjek elektif seperti Bahasa Arab,Tajwid,Pengajian Al-Quran. Saya merasa terharu/gembira kerana KUIN memperkenalkan sistem pembelajaran yang menitikberatkan dunia dan akhirat.

Bagi saya,adalah begitu penting mahasiswa ini diajar supaya membaca Al Quran dengan tajwid dan makhraj yang betul mengikut apa yang di sampaikan oleh Rasulullah SAW.Dengan membaca Al Quran dengan betul maka solat kita juga sempurna,dan seterusnya solat akan mencegah kemungkaran. Secara tidak langsung maksiat di Malaysia akan dapat dikurangkan!.

“Bacalah apa yang Telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan Dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Ankabut (29): 45)

Seterusnya kita lihat pula subjek-subjek dalam fakulti dan jurusan yang sama,tapi di Universiti Kebangsaan Malaysia...

Tidak ada satu semester pun mengajar tentang islam atau sekurang-kurangnya ilmu tajwid.! Bagaimana Malaysia akan menglahirkan individu yang takutkanlah,cemerlang dunia dan akhirat apabila aspek rohani,agama tidak dititikberatkan dalam pembelajaran mahasiswa di UKM?

Dari kelalaian sistem pendidikan inilah sedar atau tidak,Malaysia telah melahirkan profesional yang berkaliber tetapi lupakan Allah. Tidak perlu kita hairan kalau ada yang mengambil rasuah,minum arak di majlis perkahwinan ataupun tertidur di kasino.!

Memang betul,tidak semua mahasiswa UKM jahat,dan tidak semua mahasiswa UKM atau IPTA lain baik,tapi sekurang-kurangnya kita berharap kerajaan dapat mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan dalam sistem pendidikan di negara kita,supaya IPTA dan IPTS negara kita dapat melahirkan golongan profesional yang pintar tapi hatinya sentiasa takutkan Allah.

Semoga golongan pendidik dan golongan pentadbir Malaysia dapat mengeluarkan sebuah idea dan pembaharuan agar sistem pendidikan kita lebih berdaya maju tetapi dalam waktu yang sama tidak meninggalkan ilmu-ilmu yang mengingatkan kita kepada hari akhirat.

Sebagai penutup,tulisan saya ini bukanlah bermaksud untuk menghina atau menguris hati penuntut-penuntut UKM,tapi sebuah mesej hendak disampaikan kepada orang yang mempunyai kuasa..

Nota:Kritikan dan saran amatlah dialu-alukan untuk artikel ini..:)