Ada orang bernafsu dengan seks, bernafsu dengan pakaian, bernafsu dengan jalan-jalan, bernafsu sana-sini dan macam-macam la.Nafsu makan McD jangan ketinggalan..Zzz
Aku sejak dapat handphone 'buangan' dari abang aku ni. Nafsu dok main gajet ni makin menjadi-jadi.
HTC Legend-Samsung Nexus S-Samsung Galaxy SII-Samsung Galaxy Nexus..
Phone ini boleh beli melalui Digi ja sekarang.Belum ada jual di Kedai LG.Kalau beli dekat Digi harga awal murah ja..RM500 sahaja, tapi terikat kontrak 2 tahun dengan sebulan bayar RM148. Pokai la aku macam tu sebab aku mana duit, gaji pun ciput ja
Jadi aku pun suruh abang aku beli melalui playstore Australia, harga phone AUD 418(RM1320). Ini harga harga yang murah la bagi untuk phone yang Quadcore processor. Berbanding Iphone 5, Note II, SGSIII, HTC One X.
Bukan tujuan aku nak cerita pasal Nexus 4 ni, tapi bila dah masuk alam pekerjaan ini, bila dah pegang duit sendiri lebih cenderung berbelanja mengikut nafsu. Yang penting umur macam aku ini adalah kahwin ( Aku tak jadi kahwin, kira takpala nak belanja duit kot lain..haha). Kalau boleh nak kahwin, tak perlulah buat personal loan. Bila dah kahwin, duit rumah(beli atau sewa), kereta, barangan rumah, dan persiapan menyambut anak amat perlu dititik beratkan.
Jadi untuk para lelaki di sana yang bakal menjadi suami tak lama lagi. Nafsu suka bertukar handphone, upgrade komputer, make up kereta dan lain-lain yang hanya bersifat kehendakan peribadi hendaklah ditahan dulu dalam 3-5 tahun untuk membolehkan duit itu disalurkan sepenuhnya untuk keluarga.
Aku ingat lagi waktu kursus perkahwinan dekat Pusat Dakwah Alor Setar. Banyak kes penceraian berlaku disebabkan masalah kewangan.
Peringatan ke aku juga, Semoga orang melayu islam, rakyat Malaysia dapat mengawal nafsu dari melakukan perkara-pekara yang ak berfaedah ini. Semoga aku juga cepat kahwin juga...haha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan