Sabtu, 27 Februari 2010

Tahsin......

Tahsin atau tajwid menurut bahasa adalah membaguskan atau memperbaiki...

Manakala dari sudut istilah tahsin bererti:

Mengeluarkan setiap huruf dari tempat keluarnya berserta memberikan haq dan mustahaqnya.




Haq hurud adalah sifat asli yang sentiasa menyertai huruf seperti al-hams, al jaHr. Mustahaq huruf adalah sifat yang sewaktu-waktu menyertai huruf tertentu seperti:sifat tafkhim atau tarqiq pada huruf ra' atau sifat idzhar,iqlab,ikhfa' pada nun sukun atau tanwin dan sebagainya


Hukum mempelajari ilmu tajwid secara teori adalah fardhu kifayah,tetapi menerapkan ilmu tajwid dalam membaca al quran adalah fardhu ain.

Imam Al-Jazari rahimahullah, salah seorang ulama pakar ilmu tajwid dan qiraat menegaskan dalam matannya:

Membaca Al Quran dengan tajwid adalah wajib. Sesiapa yang tidak membacanya dengan tajwid dia berdosa. Kerana Allah menurunkan Al Quran dengan tajwid. Dan demikianlah Al Quran dari-Nya sampai kepada kita.(Matan Imam Ibnul Jazari)


Terdapat empat kesalahan umum dalam membaca Al Quran:

1.Tidak konsisten dalam membaca tanda-tanda panjang

2.Tidak konsisten(seimbang) dalam membaca ghunnah

3.Pengucapan vokal yang tidak sempurna

4.Huruf sukun yang dipantulkan

Oleh kita..saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya..marilah kita memperbaiki bacaan Al Quran kita..:)


1 ulasan: